Saturday, August 29, 2009

Tanda Kekuasaan ALLAH Melalui Proses Ciptaan Manusia

AKAL FIKIR

Sesungguhnya, manusia dan orang utan dikatakan sama, dengan kajian membuktikan 99.9% orang utan menyerupai manusia. Adakah hakikat ini dapat kita telan semudah kita menelan air yang dialirkan ke tekak yang dahaga?

Sebenarnya, memang agak sukar untuk menerima kenyataan ini. Masakan tidak, Albert Enstien mengakui hayat kita adalah warisan daripada keturunan monyet! Sebenarnya, antara manusia dengan orang utan, juga semua haiwan di muka bumi ini dibezakan dengan kurniaan akal fikir yang cukup baik.

Perlu diketahui, akal dan otak tidak sama. Haiwan juga mempunyai otak, tetapi tidak akal. Dengan akal, manusia dapat menimbang segala keputusan yang bakal dibuat. Dengan akal juga, tindakan manusia lebih terbatas. Suka saya mengajak anda berfikir sejenak, merenung kekuasaan Allah dengan kuasanya yang Maha Besar. Pernahkah anda berfikir untuk memotong tangan ataupun jari anda?

Jika jawapan anda TIDAK, anda sememangnya waras. Sebaliknya, jika anda mengatakan YA, anda perlu dihantar segera ke Pusat Rawatan Kesihatan Mental. Manusia yang waras akan menimbang segala tindakan dan akan menjangkakan tindakannya itu mampu untuk memuaskan hati atau memberi kemudahan pada hari mendatang, ataupun kedua-duanya?

Kadang kala, kerana terlalu ikutkan hati, manusia gagal mengimbangi pemikirannya kerana telah ditunjangi oleh nafsu yang luar biasa. Saya mengambil contoh begini, orang yang membunuh telah hilang nilai pertimbangan diri. Justeru, mereka cenderung untuk bertindak di luar batas pemikirannya, juga kita.

Walaupun begitu, akal yang dikurniakan tidak akan sempurna tanpa kawalan daripada nafsu dan rasa hati. Sebagai umat manusia, sewajarnya kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran, bukan setinggi Gunung Everest, sebaliknya setinggi awan. Hal ini demikian kerana dengan kurniaan akal yang baik, Allah telah menjadikan kita sebagai pemerintah ataupun khalifah di muka bumiNya.

Hal ini sudah tentu memberikan tekanan kepada syaitan khususnya. Ada satu cerita teladan untuk saya kongsikan sebelum menutup perbincangan kali ini. Sebelum Allah menciptakan Nabi Adam A.S. daripada tanah, Malaikat telah bertanyakan kepada Allah, sama ada tindakannya menjadikan Nabi Adam A.S mampu menjamin keamanan dunia?

Dengan yakin, Allah SWT telah mengatakan bahawa keturunan Nabi Adam akan memimpin bumi dengan sebaiknya. Persoalannya ialah mengapakah tidak Allah memilih khalifah itu daripada kalangan haiwan seperti dinosaur, Allah telah mengurniakan akal fikir kepada semua manusia.

Jadi, sebagai manusia timbang-timbangkanlah neraca fikirmu agar setiap tindakan yang kita ambil pada hari ini tidak akan membawa kemudaratan pada kita untuk esok harinya………..

1 comment: